Thursday, August 12, 2010

jawapan kepada anda..

wah.. gembiranya. berjaya juga berpuasa di hari pertama ramadhan ni.. selalunya seperti biasa lah satu ramadhan dugaan dia lebih hebat berbanding hari-hari selepas ini. terasa agak keletihan.. lapar dan dahaga sudah semestinya ada tapi kuatkan semangat. ini baru hari pertama beb! hehe..

hari ini.. sebenarnya aku agak terharu kepada beberapa orang rakan yang menyedari kelainan pada sikap aku pada akhir-akhir ini.. sebenarnya aku bukan sengaja untuk bersikap seperti itu.. aku telah cuba sedaya upaya untuk kelihatan seperti biasa .. seperti hari-hari yang lain.. tetapi ternyata kamu semua sudah lebih mengenali aku dari yang aku sangkakan.. aku sangat menghargai keprihatinan kamu semua.. dan berjanji untuk cuba kembali ceria seperti dulu..

hari ini juga.. sebenarnya aku berasa agak lega.. aku rasa aku dah jumpa petunjuk yang pertama di hari pertama ramadhan ini.. walaupun ia nya agak memilukan di hati tetapi sedikit sebanyak menyuluh jalanku yang lebih terang dalam memilih yang terbaik untuk aku dan kami semua..

dan mulai selepas ini.. aku akan mencuba dengan lebih keras untuk menyayangi pilihan aku dengan sepenuhnya.. aku belum membuat keputusan lagi tetapi aku semakin yakin dia yang sebenarnya terbaik untuk aku..

aku pernah keluarkan kenyataan ini dulu.. mungkin orang yang paling kita suka bukanlah orang yang paling kita sayang sebenarnya.. dan sekarang aku semakin berpegang teguh dengan pendirian ini.. kerana bagi aku, perasaan suka itu tidak penting sekiranya orang itu tak mampu memberikan kebahagiaan , ketenangan, dan kegembiraan kepada kita.. ya, aku yakin!

No comments: