Friday, August 13, 2010

ku akan selalu menjadi bintangmu..

hari ke-3 ramadhan..

secara jujurnya aku seakan tak percaya bahawa sebenarnya aku dalam bulan ramadhan. suasana ramdhan tahun ini seakan berbeza sekali dengan kedatangannya tahun-tahun lepas.. kadang-kala terasa masih terlalu awal ketibaannya. sehingga kadang-kala seakan terlupa bahawa sedang dalam bulan ramadhan.. mungkin dalam proses menyesuaikan diri kan.

berkenaan kepada jawapan yang dicari.. alhamdulilah.. sememangnya tuhan itu maha berkuasa dan lagi maha bijak sana.. DIA telah tunjukku jalannya dengan petunjuknya dan dengan mudahnya aku mendapat jawapan yang aku cari-cari beberapa hari ini..

lega yang teramat lega.. setelah mendapat jawapan itu.. kerana bagi aku, jawapan darinya lah yang paling penting bagi menentukan apa jua tindakan dan keputusan aku selepas ini. apakah jawapan itu, biarlah ia terus menjadi rahsia. bukan sahaja kepada anda semua tetapi kepada insan itu sendiri kerana sebenarnya dia sendiri secara tidak sedar telah memberikan jawapan itu kepada aku..

lega juga.. kerana aku mendapat jawapan itu tanpa merosakkan hubungan aku dan dia. itu sebenarnya yang paling penting.. so lepas ini bolehlah gerak for the next steps.. yang sebenarnya aku dah gerak dah pun..

hahaha

No comments: