Monday, July 11, 2016

Short Trip ke Pulau Harimau, Mersing Johor (Malaysia)


Trip Pulau Rahsia, Mersing 2H2M.

Date : 11-13 Sept 2015

Sebab banyak sangat yg tanya so kat sini aku update sikit pasal trip Mersing kali ni. At first aku pun mulanya agak terkejut sebab tak pernah tahu mersing ada tempat2 owesome macam ni. Tak payah nak pergi Bali sangat. Ni pun dah macam bali. hehe.

Trip Pulau.

Pakej 3 pulau : Pulau Harimau, Pulau Gaul & Pulau Besar
RM160 seorang - Trip island hopping sehari takde penginapan
RM 220 seorang - Trip island hopping + Penginapan di Bluewater Hotel.

Pakej pulau ni aku cari kat fb je. Dari fb pemilik asal gambar yg aku dok share2 haritu. Sebab tengok gambar2 dia lah aku start nak pergi sangat pulau2 ni. Boleh search Fb bro Awie Ismail. Contact no : 0125444120. Ada juga pakej2 lain. tapi harga tak banyak beza pun. Makanan tengahari termasuk dalam pakej ni. Korang pun akan dijamu air, roti dan makanan ringan. Termasuk jugak snorkeling set.




Pulau Harimau

Mula2 kami pergi Pulau Harimau. Perjalanan dari Jeti Mersing ke Pulau Harimau ni kalau naik feri ambil masa 1 jam. Make sure korang naik dari jeti mersing kecil yang kat belakang Hotel Bluewater k. Pulau Harimau ni memang cantik. Siap ada gua kat tengah2 tu. Dalam gua tu pun ada kolam yang air dia jernih sangat. Kat sini biasanya orang akan lompat dari atas 7 meter. Tapi haritu aku seriau so aku decide tak lompat. Make sure korang pakai seluar mandi yang tebal and berlapis k. Sebab batu2 kat sini sangat tajam. Paling penting pakai selipar atau kasut yang sesuai.

Air dia serius jernih. serius tak tipu.

Then, kami naik boat semula utk pergi ke belakang pulau. Kat sini lah view ala2 kat Bali tu. Tapi korang kena sediakan mental fizikal yang kuat ok. Sebab kat sini korang akan naik tangga yang agak banyak yang boleh menyebabkan kejang kaki. So pandai2 lah berjoging sikit sebelum pergi k. hehe

Semput gak lah nak naik atas ni. Tapi bila tengok view dia memang berbaloi!

Pulau Gaul.

Next, kami pergi Pulau Gaul. Kat Pulau Gaul ni korang tak dibenarkan mandi atau snorkeling sebab kat sini banyak landak laut. Kat sini pun korang boleh hiking jugak untuk dapatkan view dari puncak pulau. Lebih kurang macam Pulau Harimau tapi takde tangga ok. Kami decide untuk jalan2 explore gua. Subhana Allah memang superb sangat view dia. Memang wajib ambil gambar kat sini ok!


View dari dalam gua kat Pulau Gual. Owesome.

Pulau Besar.



Pulau Besar ni ada few luxury resorts. So kalau korang ada bajet lebih boleh la stay kat sini. Pelancong tak ramai macam kat Perhentian or Redang. And mostly is foreigner. Harga bilik maybe agak mahal. Kat sini korang boleh lah lepak2 duduk depan pantai sambil makan Maggie and air Coke. Memang layan. Sambil2 tu dapat lah cuci mata kan. Kat sini ada surau. So kami buat Solat Jamak takhir Asar Zohor kat sini.

Habis trip dalam pukul 6 macam tu. Tapi sebelum balik diorang akan singgah di Pulau Batu Batu. Kat sini ada coral. So boleh lah kalay korang nak snorkeling. Kami decide nak lepak je atas feri sebab penat sangat mendaki pulau hari tu. First time pergi pulau untuk hiking. Tapi seriously worth it! 


Total review : 5 Bintang.

Lain2 kos : Minyak kereta : Pergi balik Kajang-Mersing - RM50 +/-
Tol pergi balik - RM 63.80

Nota kecil : Selain trip ni. Mersing pun ada tempat2 yang best. Macam Pantai Air Papan, Pulau Tioman, Pulau Sibu. Boleh lepak kat Mahkota spot Mersing yang cantik gila tu. Then, pergi solat Masjid Mersing sambil layan view seluruh bandar mersing dari atas bukit. Orang2 Mersing pun sangat best. Sangat lah baik. Thanks to family Azimah Jemain sebab sponsor penginapan kami yang dari KL ni. Pastu belanja makan and bawak jalan2 pulak. Mak & ayah zimah mmg sempoi!. Thanks jugak kat family Siti Nathasca sebab sponsor lunch & dinner utk hari ni. Siap tapau lagi. And tak lupa, special thanks to team (Zimah, Tasha, Amy Binnie & Sheda Ahmad) Even baru kenal pun nasib baik boleh masuk semuanya. Thanks sbb jayakan trip ni. Okay lepas ni boleh plan next trip pulak. 

Kesimpulannya Trip ni memang best. Aku sure akan repeat balik sebab sangat low cost. Highly recommended!

1 comment:

Anonymous said...

Salam. Boleh dapatkan contact no person in charge x ?