Monday, July 11, 2016

Travelogue : Backpackers ke South India (Kochi - Kerala, God's Own Country)

Date            : Februari 2016
Duration      : 4 days 3 Night
Season        : End of winter/Early summer
Destination   : Kochi, India.

Tiket flight (Kul-Cok)
Airasiago (flight +hotel 4h3m) total Rm391. Hotel Good Karma Inn. 


As usual, pose wajib before belepas. heee :)

Hotel ;

Good Karma Inn, Kit Kat road Fort Kochi. 

Bilik twin bed, kipas, bersih, wifi 8 am -11 pm




Travel Plan (Transportation)

Sewa kereta+ driver Rs 21500

Driver name, Sumesh, speak english

Hari 1- Alappuzha Boat House ;
Kerala famous satu dunia.
Best package (35km+ lunch+coffee Rs5500)
Sightseeing by backwaters Rs3000
Menyusuri sungai petempatan penduduk Kerala. Boleh nampak aktiviti harian. Banyak yg basuh pukul 2-3 petang. Februari dah start musim panas. So berpeluh masa ni.




Petang, Pantai Alleppey & Pantai Marari. 

Pantai Alleppey lebih besar dan ramai pengunjung Pantai Marari. Tapi layan sunset lg best kat Pantai Marari. Ada boat2 nelayan. Lebih privasi, lebih banyak shot gambar yg menarik.


Hari 2- Munnar Hill ;
Kochi ke Munnar 5 jam. Gerak dari hotel pukul 6 pagi. Jalan bengkang bengkok mcm haram. Pening kepala macam nak muntah. Driver ajak singgah minum teh tepi jalan. First time try kerala special dish, Pollamburi. Pisang goreng je. Sampai Munnar, view serius owesome. Ada banyak tempat menarik:
-Rose garden, fee Rs 20
-Munnar photog spot
-Tea plantation
-Kundala Dam lake, main pedal boat
-Mattupetty Dam Lake
-Munnar Top Station








Hari 3 - Pagi, Fort Kochi ;
Dekat sangat dengan hotel. Tengok Chinese Fishing Net. Trademark Fort Kochi. Sepanjang jalan ada orang jual souvenir, boleh beli sbb harga murah.

Kat hujung ada Pantai Fort Kochi. 



Then, Jew Palace.

Fee Rs 5. Arkib sejarah asal usul kerajaan cochin. Sehingga penjajahan Belanda dan British.Tengok warisan diraja Cochin. Barang arkeologi macam pedang, baju diraja, senjata perang. 

Petang, Pantai Cherai.
Pantai paling popular kat sini. Ada yg mandi, main bola, main layang2. Meriah. Ada restoran Halal. Boleh lepak and lunch.

Hari 4 - Athirapilly & Alepuzha Waterfalls ;

Checkout hotel pukul 8.00 pagi. Singgah kedai sutera beli souvenir utk mama. Terus gerak pergi Trichur. Singgah kat pelabuhan tak tahu nama. Tapi driver cakap famous spot shooting movie. 

Sampai Athirapilly Waterfalls. Entrace fee Rs 100 for foreigner. Air terjun terbesar di India selatan. Air deras dari 3 penjuru. Nice for photography. Tapi bersedia untuk hiking dan trekking. 

Alepuzha Waterfall. Depan sikit dari Athirapilly. Kurang lawa compare Athirapilly. Kat air terjun sini tak boleh mandi. Boleh ambil gambar je.

Gerak pergi airport. Singgah solat kat masjid dekat dgn airport. Ada beberapa kedai makan halal dekat dgn kawasan airport. Flight balik pukul 11.00 malam. 







Aku dan India.

Honestly, aku tak sangka trip India ni selancar ni. Trip india ni trip yg tak dirancang. Kurang persiapan tapi kita redah gak pergi. Orang kat india ni nampak macam kasar2 tapi sebenarnya friendly dan mudah nak deal. Suka membantu lagi2 bila kita tgh confuse. Pergi india memang kau akan nampak semua adalah tentang india semata. Ko takkan nampak pengaruh western or kpop whatsoever kat sini. Orang2 dorg pakai sari sebagai pakaian harian pergi mana2 pun termasuk pantai dan air terjun. Kaya dengan culture dan hari yg warna warni. Trip India among one of my favourite trip.

I miss the color of India.

2 comments:

Unknown said...

Mas..dari bandara kochi ke pusat kota jauh gak? Saya ada transit 20 jam di kochi.. bawa anak2 jadi rencananya mau cek in hotel sebentar..dari bandara ke kota naik taxi ya?

Gayathri said...

Day out package kochi