Sunday, July 10, 2016

Budget Backpackers : Krabi, Thailand 5hari 4malam

(Note: untuk memudahkan korang faham currency exchange korang assume je rm1=10bath. Tapi to be exact rm1=8.5bath. Depend to currency on that time. Kami pergi august2015 time ni currency Malaysia tgh jatuh teruk. Thanks to our beloved PM Najib)
Dari airport (Hari 1, 12/8/2015)
Perjalanan ambil masa 1jam20min. Turun dari aiport boleh pilih nak naik teksi (600bath) or bus (90bath). Kami pilih naik teksi sebab nak lebih selesa. Lagipun kami 3 orang so boleh share seorang 200. Nanti on the way pemandu teksi ni akan singgah one-stop taxi information centre. Kat sini nanti korang akan dioffer taxi untuk return ke airport. Sama juga 600bath dia ambil dari hotel. Kami book je teksi sebab malas nk fikir nanti. Tapi sebenarnya kat aonang pun ada perkhidmatan teksi kat airport. Murah sikit 150 bath seorang.
Pose wajib sebelum nak terbang. hee :)


Hotel penginapan (O2 Villa Aonang)

Hotel ni kami book by agoda. Utk 5hari4malam kami stay kat sini. Aku duduk bilik sorang2 tapi ambil bilik double sebab diorang xde bilik single. Rm80 satu malam. Tapi memang berbaloi lah. Sebab dia luas. Ada balkoni nak lepak2. Ada peti ais dlm bilik. Aircond. Hotshower. Ada swimming pool. Seriously nice hotel ni. Tapi hotel ni kat area Phra Nang. Dalam 3km nak ke Aonang beach. Tapi dia ada sediakan perkhidmatan vehicles rental. Kalau kereta tu maybe dalam 1200++bath. Kami ambil sewa motor je untuk 2 hari. 200bath per day. Baru adventure naik motor pusing2 pantai. Menarik! Nak suka hati nak pergi mana2. Korang boleh isi minyak kat aonang tu. minimum 50bath sekali isi untuk ron91.


hotel yang sangat2 best dan murah..

Pakej Phi Phi Island (hari ke2, Khamis 13/7/2015) ;

Kami tak ambil pakej tour guide sebelum datang. Semua kami ambil by walk in je kat aonang. Btw kat hotel pun ada offer package tour. Tapi mahal sikit la. Kat aonang dekat2 dgn pantai tu banyak je offer2 package. Std 1000-1200bath seorang include 7island, halal food, titbits, juice & mineral water. Kami dapat package 1050bath include entrance fee ke bamboo island by Barracuda Tour. Kat sini juga kami ambil package Hotspring+emerald blue pool+tigerCaveTemple+ElephantTrekking (Hari 3,Jumaat, 14/8/2015) 850bath seorang. Ini pun include halal food. So dah jimat makan lunch untuk 2 hari. Ada banyak lagi package lain yg menarik (Krabi Shooting range, Island Kayaking, 4island by longtail) tapi kami ambil 2 package ni pun dah rasa cukup sebab banyak visit intresting places & activities dlm 1 package)



Aktiviti lain yg menarik & maybe nak cuba lain kali:


  • 4 islands by longtail. Maybe lebih best sebab longtail ni slow so korang boleh dapat ambil great shot masa island hopping tu. longtail ni pun cantik.
  • Kayaking at JamesBond islans etc pun macam menarik.
  • Muaythai show. Ni pun macam menarik tapi sebab trip ni pergi dgn kawan perempuan so diorang mana minat benda2 gini. Next time kalau datang lagi mesti kena tengok.
  • KingCobra Show. Ni depend la. Aku tak berminat sangat. Hahah.
  • Krabi Kart. Ni boleh lah untuk leisure2 kan. Tapi tak sure berapa rate dia. Tapi selalu lalu tempat ni.


Krabi Night Market ;

Hari ke3. Kami pergi night market kat Krabi Town. Dari hotel kami ke krabi night market ni cuma 20 min je. Ada macam cara nak pergi sini samada motor/bus/tuktuk. Kami sewa motor so kami pergi sendiri night market ni by motorcycle. Baru adventure. Sewa motor dari hotel je. 200bath for 24hours. Kalau dari hotel O2 Villa tu korang ambil kanan, pastu straight sampai simpang 3 ambil kanan. Straight smpai jumpa traffic light ambil kanan. Pastu straight dlm 8-9km nampak traffic light ambil kiri. Pastu straight ambil kanan. Kalau korang nampak banyak kereta2 parking tepi jalan maksudnya dekat2 situ la tu. Night market ni buka hari jumaat sampai ahad je. Start pukul 5.



Shopping ;

Barang2 kat krabi ni takda lah murah2 sangat. Lebih kurang macam kat malaysia je lah. Kalau nk shopping sorvenir kt Krabi Night Market tu maybe murah sikit. Tapi ktorang macam lagi banyak beli kt Aonang Street Market tu je sebab banyak nak fikir & lagi banyak pilihan. Kat Krabi night market tu crowded sangat. Antara yg menarik Short kickboxing ala2 muaythai. Ada 2 material yg high quality & yg low. Beli 2 ni boleh la dapat 650bath. Tshirt std 100bath satu. Yang lain2 maybe kepada perempuan mcm beg sandang, dompet or slipar.

Makanan halal ;

Kat krabi ni nak makan halal memang takde masalah. Boleh kata kat mana2 mesti korang boleh nampak tanda Halal kt signboard dorang tu. selalunya kami makan kat aonang kat area dekat2 masjid tu. kedai tepi2 jalan je. Restoren2 kat area aonang beach tu harga agak mahal sikit. Kat Nopharathara beach depan sikit dari aonang beach pun banyak gak restoran halal. Pantai ni tak boleh mandi. Std harga nasi goreng ayam or nenas or seafood dlm 70-80bath lah. Tomyam soup plg murah maybe 100bath. Pancakes krabi yg femes tu standad 40bath depend kepada flavour. Pastu street food diorang pun best. Tapi sebenarnya tak banyak beza dengan malaysia. So senang kata better korang allocate lebih banyak sikit duit kat makanan sebab macam2 korang boleh makan kat krabi ni.


Overall comment :

Actually trip krabi ni boleh kata trip yg sangat mudah utk dilawati. Ramai orang krabi yg boleh cakap bahasa melayu kelantan. Sebab asal orang yg duduk krabi ni memang orang melayu pun. Ramai juga yg boleh speaking english. Orang dia sangat peramah dan sopan santun. Korang boleh je nak tanya nak tawar menawar. Bukan macam kat jalan tar korang dah tawar kalau tak beli memang kena maki hamun lah. Kat krabi ni suasana dia tenang je. Jalan2 dia pun tak busy. Ala2 macam jalan kat kedah or perlis je. View dia pun cantik banyak bukit2 macam batu caves. Rumah2 kat krabi macam rumah2 kat kampung malaysia. Ramai pelancong dari serata dunia. US, China, Korea, Mexico segala la. Memang korang akan selalu nampak orang berbikini je kat pantai. Kadang kat street market kt aonang tu pun foreigner ni pakai bikini je shopping. End of words, Krabi Trip memang best. Highly recommended!