Wednesday, December 3, 2014

KEMBALI


ASSALAMUALAIKUM.

Salam sejahtera ke atas diri yang membaca tulisan ini. 

Alhamdulilah.. Syukur kepada Allah yang maha besar dengan kemurahan-Nya diri ini masih mampu lagi bernafas apatah lagi mampu lagi duduk menulis tulisan ini. Sungguh besar kuasa-Mu ya Allah.

Sejujurnya.. akhir-akhir ini aku selalu rasa sunyi bila keseorangan tanpa teman. Ada masa dalam kesunyian tu terasa bising berdentam-dentum dalam hati ini. Masa itu kadang-kala buat diri ini rasa ingin menangis tapi aku tak mampu menangis. Sebab aku takda sebab pun nak menangis. Cuma kadang-kadang rasa sunyi itu terlalu kuat.

Sebenarnya rasa ini bukanlah pertama kali aku pernah alami. Perasaan ini macam monsun alam sekejap dia datang sekejap dia pergi. Jadi ini bukan satu yang serius untuk aku. Aku cuba hadapi dengan tenang. Inn Shaa Allah.

Bila rasa ini datang aku tahu yang aku dah semakin jauh dari pencipta aku. Allah rindu dengan rintihan dan tangisan doa-doaku. Aku tahu aku terlalu hanyut dengan keindahan dunia sementara ini. Maka, dengan perlahan-lahan aku cuba cari balik mana yang hilang tu. Aku cuba cari masa yang berkualiti antara aku dengan Allah. Aku cari balik kitab suci yang dalam aku tak tenung apatah lagi aku sentuh. Walaupun penuh gagap aku gagahkan cuba lidahku untuk terus menyebut kalimah-kalimah keramat itu. Jika dulu halwa telinga ku selalu disajikan dengan lagu-lagu cover pop dari Boyce Avenue, kali ini aku tukar selera pula.. Aku cari lagu-lagu zikir sebagai santapan jiwaku. Sambil belek facebook.. aku dengar lagu tu. Sambil drive kereta nak pergi kerja aku dengar lagu tu. 

Masya Allah. Subhana Allah.. Allah Maha Besar.. Dalam kesunyian itu aku tenang. Aku mengaku aku bukanlah hambamu yang sempurna luar dalam zahir batinku. Aku penuh cacat penuh dosa. Tapi aku mohon Ya Allah.. dalam hanyut ku ko bisikkanlah di telingaku namamu agar aku tidak terus melupakanmu.. Aminn..

Iman itu berdolak dalik sifatnya. Kejap naik. kejap turun. Macam bursa saham.. Aku mohon agar diri ini untuk lebih sempurna, Aminnn..

p/s : aku tutup post ni dengan lagu asma husna kegemaran aku sekarang ini. Layan k. :)

https://www.youtube.com/watch?v=dhwdEtO5fJE

Wasalam.
Nas.

1 comment:

Azrin Rahim said...

ayie pon sdng mencari haluan itu..
semoga dipermudahkan urusan..
inshaAllah