Wednesday, November 26, 2014

Royal Belum Houseboat. (Part1)


Alang - alang tengah rajin ni, aku nak update sekali pasal trip kitorang kat Royal Belum minggu lepas. Kira fresh lagi la ni. Hehehe. Trip ni kitorang trip perodua, tempat kerja Wani. Yup! Wani che mat. Dia SHE kat perodua sekarang ni. hehe.

Sebelum Pergi.

Macam aku cakap tadi. Since trip ni bukan trip ktorang, so ktorang memang tak tahu menahu langsung pasal plan kat sana nanti. Aktiviti program whatsoever memang tak tahu. Wani sendiri tak bagi tahu. So ktorang gamble je lah bawak apa yang ktorang rasa patut bawak.

Ini list barang-barang yang aku bawak :-

1. Baju Seluar 5 Set. (HAHAHA macam nak pergi jalan europe je)
2. Set baju trekking. (Baju kotor kot2 nak kena masuk hutan apa bagai)
3. Sleeping Bag. (Ini wajib wooo)
4. Makanan ringan.
5. Kasut & Selipar.
6. Toiletaries (Ini aku pinjam orang je)

Semua diminta berkumpul kat tol bukit beruntung pukul 1 pagi tapi as usual, ktorang lambat sampai dekat sejam gak. Semua muka macam bengang je bila ktorang sampai. hehe. So bergeraklah ktorang ke Grik, Perak pukul 2 pagi tu. :)

 as usual aku bertugas sebagai co-driver tapi selalunya yang tewas. hehe

8.30 a.m : Sampai-sampai terus posing. haha.
(wani, kiren, aten, shai)


Hari Pertama (15/11/2014)

Kami sampai kat Tasik Banding, Grik tu lebih kurang pukul 8. Sempat berhenti solat subuh dan sarapan kat pekan Grik tu. So semua kena angkat barang makanan yang organizer dah sediakan. Banyak gak diorang bawak. Aku dengar ada yang sponsor part makanan. Patut lah ktorang bayar rm200 je sorang. hehe.

Lepas angkat semua barang naik atas bot house maka bermulalah pengembaraan boathouse kami di Hutan Simpan Royal Belum. hehehehe.. Wahh serius pengalaman baru untuk kami. Rasa macam dalam filem orang putih sangat. Ala2 macam movie anaconda 3 tu. heheheh.. Serius nice.

serius nice boathouse ni. I'm lovin it!! 

Masa ni tengah bersiap-sedia untuk berlepas.. yahoooo!!

Boathouse yg ktorang naik tu nama dia Sinaran. Besar dan luas gak. Ada 2 tingkat. Bahagian bawah tempat melepak, siap ada porch dan set karaoke lagi OK!! Dapur, toilet and bilik air kat bahagian belakang. Bahagian atas pula ada 2 bilik tidur. Kalau nak sewa boat ni RM3800 untuk 3 hari 2 malam. So lagi ramai pergi, lagi murah lah. Tapi maksimum 20 orang je. :)

Hari pertama ni ktorang pergi melawat Perkampungan Orang Asli kat Kg Aman Damai, Royal Belum. Sekali tengok memang kecik je kampung ni. Tapi sesuai dengan nama dia, memang nampak macam aman damai je diorang ni. FYI, diorang ni cakap bahasa melayu. So takde masalah nak communicate dengan diorang. Kat sini ktorang singgah ambik2 gambar sambil beri sumbangan derma kat orang kg ni.

(Di perkampungan Orang Asli Kg. Aman Damai)

Damainyaaa.. hehe

"Selamat Datang Ke Kampong Aman Damai"

Sesi mendengar cerita orang kg sini. Nasib baik bahase melayu.

Cantik sangat view kat kg ni. Memang aman damai. 


Lepas tu, pengembaraan menjelajah Royal Belum yang misteri ini diteruskan lagi. Serius misteri sebab aku serius tak tahu  kemana boat ni membawa kami. Tapi view memang superb lah. Serius into the nature. Lawa gila view kat Royal Belum ni. Boat berhenti kat satu kawasan macam pinggir hutan. Aku serius amazed sebab tak percaya kat dalam hutan belantara ada macam ala2 chalet pula macam ni. Rupanya situ namanya Sungai Papan Royal Belum. Aku tak sure tapi kalau ikut papan tanda kat situ tulis macam tu. Siap ada jambatan gantung lagi OK!!. Kat sini kami pergi trekking dalam hutan sebab nak tengok binatang liar makan nira. Macam pelik kan?? Tapi macam tulah yang aku diberitahu. So kami pun trekking dekat 30 minit sampai tempat nira tu. Tapi takde pun nampak seekor binatang tengah minum nira tu. Nampak tapak kaki tenuk je. HAHA.

Subhanaallah..Ciptaan Allah.

Kat jambatan gantung. Cuba teka siapa kat belakang tu?? hahah.


Balik dari jungle trekking tu ktorang just berlepak-lepak atas boathouse. Ada yang mandi. Ada yang memasak. Abang-abang perodua tu semua kaki mancing. Aku? ahhahaha disebabkan tak cukup tidur menemani our best driver Shai malam tadi so aku pun berehat melabuhkan mata. hehehe.. Bangun-bangun diorang semua dah siap masak terus makan.. Makan pulak memang marvelous. BBQ kauuuu!! hehehe.. tengah2 tasik berBBQ. hehehe.. Kat atas boat ni ada tv, player, set karaoke bagai. So sampai makan sambil melalak lah. Apa? Ingat kat redbox sogo je ke ada macam ni? THORBAIKK. hehehehe.. Tunggu kisah pengembaraan kami untuk hari kedua dan ketiga pulak  ye. 

Wasalam.

Nas.

Peace!! :)





5 comments:

Anonymous said...

wahhhh seronoknyaaa :)

hainom OKje said...

Tak pernah naik boathouse .....dan memang tak minat pun NA benda benda gini.....hihi....
Tapi sesekali kalau try best jugakkan ....bercuti ngan anak anak..

nas aliff said...

@anonymous

kena try okey, :)

@hainom OKje

best tau.. boleh cuba. mana tahu lepas ni berminat pulak aktiviti mcm ni. hehe

Shah Iskhandar said...

De contact no owner boathouse x?sbb yg sy dpt smua mhl2..

Nasaruddin Mukhtar said...

tahun lepas saya saya sewa houseboat ni..keadaan boat teruk, tak seperti dlm gambar,
dah la mahal RM2000.00 satu mlm. tuan dia kata ada astro, bila sampai piring astro
pun x nampak.kena tipu la..