Wednesday, August 11, 2010

menanti sebuah jawapan-RAMADHAN~

alhamdulilah.. syukur kepada -nya ketemu lagi aku dengan ramadhan kali ini.. masih dipanjang usia untuk terus diberi peluang untuk menebus dosa-dosa dan seterusnya merebut ganjaran pahala di bulan yang mulia ini..

ramadhan kali ini menyambutku dalam keadaan diriku yang agak berserabut..fikiran dan isi perasaan yang aku curahkan di ruang sesawang ini menjadi bukti betapa sebenarnya diri ini dalam keadaan lemah dan kekeliruan..

sekilas di fikiran melirih.. apa misi ramadhan kali ini? setiap kali ia berlalu pasti akan meninggalkan impak dan kenangan yang terindah dalam hidupku.. menyambutnya bersama keluarga.. mahupun bersama rakan-rakan tersayang pasti memberikan suasana yang berbeza namun mampu membuatku tersenyum pabila mengingatinya kembali..

ramadhan kali ini aku berharap agar diketemukan aku pada satu jawapan.. satu jawapan yang bakal melenyapkan segala kegundahan dan keraguan yang sedang bersarang di sanubari.. aku hanya memerlukan satu jawapan dari pada-NYA.. kerana hanya DIA yang maha mengetahui apa yang sebenarnya terbaik buat diriku malah untuk insan yang aku sayangi..

jika benar dialah yang sebenarnya diciptakan untukku.. KAU berilah aku pentunjuk.. agar diriku berasa lebih yakin bahawa apa2 jua tindakan dan keputusan yang bakal ku ambil selepas ini tidak akan membawa kepada suatu penyesalan ataupun kesedihan antara kami.. hanya pada-MU aku berharap.. kerana aku insan yang lemah malah sering melakukan kesilapan..

credit: kepada farah najwa kerana nasihat yang telah diberikan.. kepada faramira.. mungkin betul kata anda.. " the rite person will come at the rite time" ..i am really hoping about that..
juga kepada CHAIE dan DAIE.. kerana satu ramdhan ku disambut dengan bersahurkan maggie mammee.. =)))

4 comments:

faramira said...

feeewiiiittt... name aku ade...

aku harap ko bertemu jwpn...

Farah Najwa said...

wuhooo!! namaku tercatat dlm blog ko! mantap! hehe. tqtq. btw, jgn keciwa jka masih belom ketemu jaw, krn hidup ini lebih byk makna berbanding mencari sebuah jaw itu.tp jgn putus asa dalam mencar jaw itu sehingga engkau tahu bila mana kau sdh ketemu jaw itu. :) *paham x ni? mcm aku wlu dah betahun xjmpe jaw, tp pencarian itu bgtu mematangkan.

nas aliff said...

faramira~
hehe.. doakan ak weh
haha

nas aliff said...

farah njwa~
hehe.. paham2..
ak neh bkn jns yg pnyabar nk tggu
lelame...haha.
so ak kasi due date kt ak sndri smpi bln pose neh..
kalo xde jwpn gak..
ak akan tros lupakan hal ni..
dan tros kan idop sperti bse..
hihi