Friday, September 11, 2009

-SATU PERUBAHAN-

Dalam kehidupan kita, akan ada pasang surutnya. Umpama ada kalanya kita di atas, kadangkala kita di bawah. Namun itu bukanlah penentu kehidupan kita. Yang penting bagaimanakah caranya untuk kita menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan.

Seringkali perubahan tidak dapat di terima pada peringkat permulaan. Bagaimana pula pada akhirnya? kita adalah insan yang bertanggungjawab untuk menentukan apakah yang akan berlaku pada akhirnya. Setiap manusia yang bergelar insan akan melalui pengalaman ini. Tidak kiralah di mana dan bagaimana. Betul,kn?

Untuk memulakan langkah kearah perubahan,kekuatan diperlukan. Dalaman dan luaran. KEBERANIAN. Itu adalah kunci utama untuk perubahan. Berani untuk menanggung segala risiko yang bakal dihadapi. Mungkin untuk memulakan langkah, ramai yang tidak berani, namun; fikirkanlah tentang apa yang akan diperoleh hasil daripada langkah pertama itu. Adakah ianya emas, perak,mahupun gangsa. Itu semuanya bergantung kepada tahap kepentingan sesuatu perkara yang menyebabkan anda ingin memulakan langkah kearah suatu pembaharuan.

Adakalanya, perasaan untuk mengalami suatu perubahan tidak dapat dijangka. Umpama gunung berapi yang mahu meletus mahupun hanya ibarat air sungai yang mengalir tenang. Tidak terburu-buru. Mana satu pilihan anda? Fikir-fikirkan dan buatlah pilihan yang bijak. Jangan tepuk dada mahupun tanya selera anda kerana ianya tidak hanya melibatkan diri sendiri tetapi juga orang lain. Tanyalah hati anda, apa sebenarnya yang ia inginkan.

Yang pastinya, untuk melakukan suatu perubahan, keberanian perlu ada. Diri anda sendiri perlu berani. Yang pasti, perubahan itu haruslah membawa kebaikan bukan hanya pada diri sendiri, jua pada orang di sekeliling anda. Jua jangan malu untuk meluahkan apa yang terbuku di hati anda. Kadangkala, hasil dari luahan hati juga mampu untuk membawa kepada satu perubahan. Ops, terfikir tentang sesuatu? Fikirkanlah… mungkin ada hikmah di sebaliknya.

pesanan penaja:

aku tak pasti apakah bakal akibatnya dari transformasi yang aku bakal lakukan. apa yang boleh ak lakukan adalah hanya berharap agar aku lebih gembira dan hali ini tidak akan menjadi bahang yang makin menghangati hati aku yang selau kepanasan ini. aku yang sangat berharap..insyaallah..

“berani untuk berubah membuktikan setinggi mana kekuatan yang ada dalam diri”

“kekuatan diri bermula dari dalaman. bersama-sama tingkatkan keyakinan kita untuk membina kekuatan jasmani dan rohani” (*_*)


No comments: