Wednesday, October 13, 2010
“Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..”
Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…
Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.
“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.
Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.
Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.
Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.
Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.
“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”
Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.
Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.
Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.
“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.
Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.
Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.
Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.
“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap
dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.
Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.
“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.
“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.
Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!
Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.
Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.
Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.
Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.
Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.
Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.
* Melalui kisah ni sy nk tnyer ape sbnrnyer yg diinginkan seorg lelaki apabila die memilih pmpn itu mjd kekasih die..sekadar melampiaskan nfsu yg pasti tidak halal atau sbnar2nyer ingin mencari calon isteri yg bnar2 dpt menjaga die seumur hidop die...??sy nk anda jwb...
Thursday, September 2, 2010
Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar
____________________________________________________________________________
Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...
Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"
Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.
Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.
Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"
Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -
1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.
2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.
Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.
Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...
Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...
Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...
Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.
Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :
1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.
Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :
(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...
Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.
Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...
2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar
Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.
" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"
3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"
Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...
Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.
Monday, August 16, 2010
~warkah ramadhan terakhir buatmu~
Assalamualaikum.
Ke hadapan mak yang tercinta,
Lama dah ateh tak tulis pada mak kan? Bukan ateh dah lupakan mak, tapi mereka semua kata ateh jangan jadi anak mak. Asyik-asyik mengadu pada mak. Tapi hari ni ateh nekad nak tulis pada mak.
Mak tau tak, ateh rindu sangat pada mak. Selalu ateh teringat kisah-kisah yang mak selalu cerita pada ateh. Mak selalu kata, hidup ni macam bola. Jangan hina orang, sebab satu hari nanti orang akan hina kita balik. Ateh ingat lagi mak. Mak selalu pesan sebelum tidur, maafkan semua orang yang ateh jumpa sepanjang hari. Ateh ingat tu selalu.
Mak ingat lagi tak masakan kegemaran ateh? Masak gulai cili api. Sedap tau. Sampai sekarang tiada siapa dapat lawan masakan mak. Ateh rindu sangat dengan air tangan mak. Sekarang ateh dah lama tak makan masakan mak. Hari-hari ateh makan megi je mak. Dengan air kosong. Sedihkan ateh sekarang?
Angah dah beli kereta baru tau. Kereta Iswara lama tu Angah dah jual dah. Dah buruk katanya. Ateh kata pada dia, jangan la jual. Sayang. Tapi dia nak jugak jual. Ateh suka tengok muka mak masa kita naik kereta Angah lepas dia beli dulu. Bau kilang lagi, mak kata. Kita pusing-pusing satu kampung. Muka mak hepi sangat masa tu. Sampai sekarang ateh teringat-ingat lagi saat tu. Mak siap pesan lagi, nanti bila ateh beli kereta, mak nak naik dulu. Lepas tu mak peluk ateh. Sayang mak masa tu.
Bila ateh gaduh dengan Angah, mak selalu menangkan ateh. Haha...ateh ingat lagi masa mak belasah Alang dengan paip getah sebab dia gigit tangan ateh. Ateh dah cakap tak la sakit sangat, tapi mak pukul juga Alang. Ateh tak suka tengok mak marah-marah. Sebab nanti mak pening kepala. Nanti mak sakit.Ateh sedih bila mak sakit. Tapi ateh lagi sedih bila mak tak bagitau yang mak sakit. Ateh rasa macam mak dah tak sayang ateh.
Mak,
Ateh rindu sangat pada mak. Bila mak dan ayah kawan ateh datang tengok anak diorang, ateh selalu lari pergi belakang blok. Ateh tak boleh tengok. Nanti ateh nangis sebab sedih. Tapi ateh dah janji dengan mak ateh takkan menangis, kan? Anak mak ni dah kuat tau. Dah tak nangis lagi.
Mak, ateh rindu sangat pada mak. Ingat lagi tak malam tu? Mak telefon ateh. Masa tu ateh kat sekolah. Mak pesan ateh sembahyang mesti jaga. Ingat Tuhan selalu. Belajar rajin-rajin. Nanti mak nak datang masa graduasi sekolah.Tapi mak tak bagitau pun masa tu mak kat hospital. Mak curi-curi telefon sebab doktor tak kasi mak bangun.
Pagi esoknya ayah datang. Mata ayah merah. Ayah peluk ateh. Ayah kata mak dah tak de. Mak meninggal malam tadi. Ateh meraung, mak.Ateh meraung. Ateh kata, takkan lah sebab mak baru telefon ateh malam tadi. Mak kata mak sayang ateh sebelum mak letak telefon. Ayah jatuh. Tak pernah ateh tengok ayah nangis. Ateh tak perasan pun air putih dah pun meleleh dari mata ateh.
Sampai rumah, Along peluk ateh. Angah dah terduduk kat kerusi. Orang dah ramai dah kat rumah. Diorang kata mak tengah dimandikan. Ateh berlari masuk bilik air. Ateh tolak semua orang. Ateh peluk mak kuat-kuat, ateh panggil mak supaya mak bangun. Tapi mak tak dengar ateh panggil. Ateh pukul mak. Mak dah janji nak datang masa ateh amek anugerah. Mak dah janji nak naik kereta ateh. Mak dah janji nak masakkan ateh masakan special bila ateh balik. Mak tipu. Mak tipu ateh.
Masa diorang kafankan mak, ateh dah terduduk dah. Dah habis tenaga dah menangis, mak. Bila ayah suruh ateh cium mak kali terakhir, air mata ateh jatuh kat pipi mak. Muka mak cantik sangat. Macam orang tengah tidur. Lama ateh tengok muka mak. Ateh nak tanam muka mak dalam otak. Supaya hari-hari ateh boleh ingat mak. Ateh cium mak puas-puas. Mak masih ada bau mak. Ateh selalu kata, bau mak sedap. Bau bedak. Ateh cium mak puas-puas.
Masa diorang nak bawa mak ke kubur, ayah kata ateh tak payah ikut. Nanti takut mengigau. Lepas semua orang dah pergi, ateh nangis lagi. Ateh pakai kasut ateh lari pergi kubur. Ateh nampak diorang turunkan mak. Ateh berdiri belakang pokok supaya ayah tak nampak. Sambil nangis ateh cakap, jangan tanam mak. Jangan tanam mak. Tu mak ateh. Kenapa korang tanam mak ateh? Ateh nangis lagi mak.
Bila semua orang dah balik, ateh pergi duduk kat tepi kubur mak. Ateh pandang kubur mak. ateh tertidur tepi kubur mak. Ayah jemput ateh balik lepas tu. Sampai rumah ayah ajak makan. Ayah panaskan lauk yang dalam peti sejuk. Masak lemak cili api. Ayah kata ni lauk yang mak masak nak hantar pada ateh. Ateh makan, mak. Sedapnya mak masak.
Bila ateh balik sekolah, kawan ateh kata ada surat untuk ateh. Rupanya dari mak. Mak hantar masa mak kat hospital. Mak tulis, ateh, sembahyang jangan lupa. Dengar cakap ayah. Belajar rajin-rajin. Ingat Tuhan selalu. Akhir sekali mak tulis mak sayang ateh. Ateh tak perasan yang ateh dah nangis. Ateh baca balik setiap ayat yang mak tulis. Lagi kuat ateh nangis. Ateh keluarkan gambar yang mak letak dalam sampul surat. Gambar kita berdua dekat Melaka. Masa kita pergi bercuti. Ateh peluk gambar tu. Sampai sekarang ateh simpan gambar tu, mak.
Ah, rindunya ateh pada mak. Panjang pula surat ateh ni. Dah nak habis waktu sahur dah mak. Ateh nak kena pergi sahur. Esok kena puasa. Nanti bila ateh free lagi ateh tulis pada mak. Jangan risau, ateh selalu ingat mak.
Sayang,
Ateh.
p/s : opps soie.. neh tiada kaitan langsung dengan aku ye.. cume saje nak share bahan bace dengan korang... quite intresting~
Sunday, July 11, 2010
kesah cinta air batu campur dan laici...

tekak pon mule la terase haos..
aku pandang kiri dan kanan aku..
ade kawan2 sekola aku.. ade dia..
cam bese.. senyuman dia yang terpamer
pada aku dulu.. manis... hehe..
" jom gi minom2 weh".. aku bersuare..
"________, aku nak minom abc laici la ".. aku ckp kt die..
" aku pon same ar weh".. dia menjawab berserta ngan senyumannye.. =)

smpai kat kedai tuh..
carik tempat duduk..
aku duduk kat sblah pak cik tuh..
dia duk kat meja laen.. meja belakang aku..
aku nk ajak dia duduk sebela aku.. tapi kat situ x bole duduk..
ade tunggul kelape.. entah dari mane ntah.. aku pon x tahu..huhu..
kawan aku bagi die pisang goreng.. tapi dye tolak..
aku cume melihat... kemudian aku hulurkan keropok ikan kat dia..
dia ambil sambil tersenyum... aku pon tersenyum..
senyum dan terus tersenyum.. sampai aku tersedar tu sume cume
sebuah mimpi je..
sebuah mimpi yang belum sempurna.. hahaha..
teros aku mesej dia.. cerite kan sume kat die..
saje.. nak tengok pe reaksi die.. aku suh die tafsirkan maksud mimpi
tu..
nak tahu pe die jawab..
"heroin mimpi tuh mmg power gile.. kuat makan!..hakhak"..
aku..
adehhhh~
Tuesday, March 16, 2010
nak pakai tudung pon bapak nk bantai..adess.. PATOT KE X PATOT ?????
malas la plak den nk cito kt mano.. pe kehe mende neh leh jadi.. tetebe ak tingat kt satu kesah yg penah di citekn oleh mazidol akmal sidek ngan garam singh halia suatu ketike dahulu..
kes neh berlaku kt satu kg yg dinamakan kg. SIJANGKANG..hehe..
dari jaoh.. kelihatan cahaya matahari mule menjerluskan diri ke celah2 langsir tingkap.. jam pule suda mnunjukkan kol 12 tghri.. perot aza terase lapar..
Aza mencapai tuala..masok ke bilek mandi.
pas mandi Aza membelek2 tubuhnye di hadapan cermin.. ke kiri.. ke kanan..
"Alangkah cantik nya lagi kalo aku bertudung" desis Aza .. "walapon pak x kasi aku pakai tudung.. aku nekad nk pakai jugok.. aku sanggop lg dr uma.. demi jalan yg aku pilih.. lantak la ahli kuarge aku yg laen .. sume xnk pakai tudung !!! tapi aku nak !!!!!
Aza turun ke dapo.. baru je dye nk amek tudung saji kedengaran bunyik keta bapak dye sayup2 kedengran.. " aik.. pehal pak balek awal neh.. adesss"
Dlm mase yg same.. Aza rase.. ne lah mase yg plg sesuai skali.. nk desak bpk dye kasi pakai tudung.. now or never !
Bile bpk dye bukak pintu je.. Aza trus salam dan terus bersuare.. " pak.. cheq nk pakai tudong!
cheq nak !
Bapak teros menjegil sebesaq2 nye.. api suda mau kua.. PAANNNG!! tersepok Aza di sofa..
" aduih.. sampai aty pak.. cheq taw la pak malu kalo cheq pkai tudong.. salah ke kalo cheq nk tutop aurat.. salah ke pak??? salah ke?? ( kowg rase salah ke?)
"bia la kalo adik ngan abg x nk..."
PAAANGGG!!.. satu lg penampok singgah kt muke Aza sblom smpat dye abeh berkate2..
"hang jgn nk bagi aku malu naaaa !! hang jgn nk buat pasai ! hang nk pkai tudong wat pa?? da 100 kali aku habaq .. LELAKI X PAYAH PAKAI TUDONG, LELAKI XPAYAH PAKAI TUDONG !! tulah ble klas agame hang ponteng.. nama hang aku da boh RAZALI, tup tup lekat jadik AZA ja.. mmg la dlm umah neh sume owg x bertudong.. sbb abg hang tu laki.. adik hang tu laki jugak ! ! !
Aza pon tersepok kt sofa.. teros menanges terkedu2.. da ah saket kene penampaq.. kene pelempaq.. tudong pon x dpt jugak.. "SALAH KAH AKU !!! SALAHKAH AKU !!! ohhh tidakkk.com... huhuhu..

kowg rase salah ke x salah ????
gua.. NO KOMEN.. WAKAKAKA..
YANG BEK DIJADIKAN TELADAN.. YANG BUROK JADIKAN SEMPADAN~
Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu...
Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang."Kamu dari mana?" tanya Samad.
"Ada pelajaran tambahan ayah", jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.
"Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
"Maaf ayah... saya baru habis memonton movie di rumah kawan...".
"Cerita apa?
"Cerita Papadom ayah".
*PLANG*
"Katakan dengan jujur cerita apa?!"
"Maaf ayah... saya tengok cerita lucah".
Mendengarkan itu marahlah Samad.
"Kamu nie... kecil-kecil dah nakal... kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.
*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika...
Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata... "Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak..."
*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya...
dan semua terdiam...