Showing posts with label dunie lelaki~. Show all posts
Showing posts with label dunie lelaki~. Show all posts

Thursday, March 18, 2010

LELAKI SUKA KARIPAP.. PEREMPUAN SUKA PISANG..














Dulu masa kecik2 aku memang hantu karipap. Hari-hari mesti mau makan karipap. Hari-hari mesti beli karipap. Adakah aku memang sinonim dengan karipap ataupun memang lelaki daripada dulu suka makan karipap? Aummmm! Hehehe..

Aku selalu beli karipap dekat satu simpang jalan dekat area Sijangkang ni. Peniaga kuin-muih ini merupakan sepasang suami isteri. Bagus-bagus, daripada mintak sedekah, melacur, baik jual kuih-muih. Ada jugaklah kan rezeki halal dan diberkati. Hihi.




















Kalau kuih yang diorang jual sedap, pembeli pulak suka dan memanjangkan hidup si pembeli. Mesti dapat pahala punya maaa! Oklah, aku nak pendekkan cerita. Ada satu hari tu masa nak pergi beli karipap macam biasa, ada sorang makcik ni yang jual nasi ayam dekat gerai depan sanun tu ha.

Masa aku mula-mula datang, dia dah cakap orang bujang handsome ni nak boli apo? Wow! Dia puji aku handsome, tapi aku takdelah kesah sangat, sebab orang tua yang puji. Wakakaka! Kalau awek tu takpe la lagi kan. Pastu aku cakap la nak beli karipap.

Terus dia menyambar kata-kata aku dengan panahan kilat yang keluar dari mulut 40an dia tu. Tengok tu, orang laki memang suko makan karipap, orang pompuan pulak suka makan pisang. Kan jang kan? Aku senyum je laaa.. pastu makcik yang jual karipap ni mengucap, astagafirullaahalazim and cakap, biarlah dio nak boli asalkan sodap!

Muahaha! Makcik karipap ni golak. Hahaha.. Makcik karipap ni lah punca ilham aku dapat idea nak buat post ni. Sebab sebelum aku beli karipap, ada dua orang awek beli pisang goreng. Hohoho.. Korang rasa betul ke tak teori makcik karipap ni? Tapi aku memang suka karipap dowhh.. Muahahah! Aummmm!

Saturday, January 30, 2010

-DUNIE LELAKI BERBEZA NGAN DUNIA WANITA-

Pendapat jujur dari seorang lelaki...

Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak
akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita
menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki.
Berikut dinyatakan beberapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah
memahami mereka:


Hidup lelaki lebih senang

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. So, sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

Lelaki suka membisu

Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Lelaki tidak kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

Jangan paksa lelaki

Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.

Lelaki berahsia dengan lelaki lain

Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.

Lelaki pentingkan kejujuran

Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.

Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan

Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.

Lelaki tidak suka dikritik

Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikah lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.

Cara terbaik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat. Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan
sedikit pujian.

Lelaki juga mahukan sokongan

Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: "saya cintakan abang.." atau "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…"

Lelaki dan ego

Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam bersantai dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya.

Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.

Lelaki mesra tanpa beremosi

Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak
untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional,
bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih
sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.


note kecik: kadang-kadang susah kalau perempuan x paham sifat laki..pastu mule la adegan masam ngan tarik2 muke..haih~