Ehem.. ehem.. *cough*
Entah angin apa entah tiba-tiba aku rasa nak tulis blog ni. ahhaha.
btw, firstly, Assalamualaikum.. Good Evening. Even aku tak tahu pada siapa aku bagi salam ni. As so far yang aku percaya, tak siapa yang baca blog berhabuk ni lagi. Tak kisahhh.. Anggap aku bagi salam dekat diri sendiri.. Semoga diri ini lebih sejahtera hendaknya. hiks.
Okay. Let's update sikit pasal life. Tahun ini agak-agak aku umur berapa?? 25. Yup. 25. Hahah.. Jawapan yang sama yang pernah aku tanya mama pasal umur dia. Tua sudah.. Seriusss.. But who cares. Sebab sekarang aku tengah enjoy this life to the fullest. I love my life now. Heheh.
Sekarang kawan dah berkerjaya dah. Dah 2 tahun 3 bulan bergelar sebagai seorang pekerja. Maknanya dah 2 tahun 3 bulan jugak aku tinggalkan zaman belajar. Which also zaman yang paling manis dalam hidup aku ni. huhu. Aku sekarang kerja as Pegawai Keselamatan Kesihatan or bahasa omputih nya Safety & Health Officer kat satu company multinational kat Kajang ni. Gaji okay lah. Not bad for starter. 4k ++ gak. Tapi still rasa tak cukup sebab aku ni boross. Urgh!
Sekarang sewa rumah dekat area Sg. Chua Kajang. Sekali dengan 2 budak ofis aku. Sebulan 300++ gak lah campur wifi utilities semua. Kadang-kadang agak rasa sunyi juga duduk rumah sewa ni since housemate aku jarang je ada kat rumah sebab mereka ni kaki futsal. Abes aku ni kaki apa?? Aku kaki bangku je. So, kaki bangku better duduk rumah je. hehehe. Tapi it's okay sebab aku boleh online 24/7, dota 24/7, and the best part I'm freee as free as I am.. hahahahaha. Aku boleh balik lambat suka hati aku.. heheheh..
Sebenarnya, aku duduk rumah sewa ni pun sebab aku nak elakkan duduk rumah mama abah. Since aku dengan adik aku still tak berapa OK. Well dah almost 10 tahun macam ni. And aku rasa memang mustahil kitorang nak jadi OK. Masa setahun pertama kerja aku ulang alik Kajang-Sijangkang. So setahun lebih gak lah aku duduk rumah tu. Sampai satu insiden tu, dia meletop mengamuk tak tahu apa pasal menjerit macam orang gila terus aku decide untuk pindah dari rumah tu. Biarlah dia aman duduk sana. Tengok muka aku ni nanti ada je yang dia rasa tak kena.
But it's okay. Aku tak kisah sangat. Aku pun macam kesian sikit kat adik aku ni. Dari zaman sekolah dia selalu dibanding-bandingkan dengan aku. Sampai dia hilang keyakinan diri and tak perform on her study. Sekarang pun kerja tak menentu, gaji tak seberapa. Biarlah dia dapat mudah sikit duduk rumah tu. Aku mampu je nak sewa rumah sendiri. Biar masing-masing happy. :)
Aku rasa setakat ni dulu untuk masa ni. Aku akan cuba untuk lebih rajin update blog ni lepas ni. Since aku ada banyak sangat masa free sekarang ni. hahahahah.. Tu dulu untuk masa ni. Aku chowwww dulu..
Nas.
2 comments:
Tahniah....tak sia siakan awak rajin belajar dulu....Emak ayah mesti bangga dengan awak NA....Tak pe...sebagai abang mengalah!
@hainom OKje
i just try to do what best for our selves and others around us. harap semua pun happy bahagia dengan cara masing-masing.
Innshaa allah
Post a Comment