Thursday, October 11, 2012

Kisah Orang Baru Kerja (bukan senang nak senang)



Assalammualaikum & Salam Dunia..


Hal ini aku terfikir sejak akhir2 ini.. maka aku pun nak kongsi cerita. Semua bos mahu pekerja barunya mempunyai pengalaman b'kerja apabila diadakan interview untuk mencari pekerja bagi mengisi kekosongan jawatan. Untuk pekerja baru yang menghadiri interview mereka akan ditanyakan tentang pengalaman bekerja sebelum ini walhal org yg baru nk interview itu baru la nak mendapatkan pengalaman b'kerja.


Pernah la seseorang ni bersuara semasa ditemuduga "kalau bkn bos yg beri sy p'kerjaan ni mcm mna sy nk dpt pengalaman". Andai 10 tempat kerja berkata demikian, tidaklah seseorang itu mendapat pekerjaan yang dia mahu lakukan. Kalau semua bos dlm dunia ni b'fikir demikian susah la nampaknya.

Itu baru kisah pasal pengalaman, belum lagi bos yang mementingkan taraf pendidikan pekerja tersebut. Kalau dah pandai sangat pula susah juga sebab kadang-kala ada bab lain yang mereka kurang mahir. Entah la, pada aku memang pengalaman kerja itu penting dalam organisasi sesuatu pekerjaan tersebut tapi kadang kala pengalaman itu tidak berapa penting sangat. Berilah peluang jika calon tersebut betul-betul nampak kesungguhannya.

Mungkin komitmen seseorang itu memainkan peranan penting rasanya. Aku takde nak sebelahkan sesiapa tapi ini hanya yang aku dengar dan terfikir. Aku juga seorang pekerja yang baru nak carik pengalaman dan hal inilah yang berlaku semasa aku sedang mencari kerja. huh!. Apa2 pun terpulang dengan seseorang individu itu untuk menilai kes ini.

Sekian, Wassalam 

p/s : alhamdulilah.. harini dah masuk 32 hari aku berkerja sebagai Safety Health Executive kat sebuah private company di kajang. Tempat baru.. Orang baru.. Pengalaman baru. Insyaallah.



4 comments:

s h a said...

selamat menempuh alam pekerjaan...ade jugak company yang terima fresh graduate...tapi memang x byk... :)

nas aliff said...

hurm tulah..
tapi alhamdulilah utk diri ni byk diberi peluang interview.
rezeki tu kalo dah di tulis utk kita.. mmg utk kita.. x kemane~ :)

Tajudin Ismail said...

salam kerja bahagian safty ni syok ke..nanti kita boleh cerita. Gaji besar ke

nas aliff said...

Tajudin~ salam.. keje safety ni mencabar.. kita nak rpovide safety environment utk sume pekerja jagaan kita.. lagi lama pengalaman makin masyuk gajinya.. semakin masyuk gajinya semakin berat tanggungjawabnya...

saya pun baru berjinak-jinak dalam bidang ni.. dalam usaha nak memenuhi ilmu di dada di sambil melengkapkan diri dengan skill2 dan kompentensi yang diperlukan untuk menjadi safety officer yang kompeten. :)