Tuesday, November 9, 2010

we all have stories that we won't ever tell.

bila di tanya..
"rumah ko dekat, tp nape ko jarang balek rumah ye?"
sebenarnya itu soalan yang sangat mudah untuk aku
jawab tapi tak sangat sukar untuk terangkan kat orang
lain..

aku tahu apa yang aku rasa.. dan apa yang aku alami..
dan atas satu rasa itulah yang menyebabkan aku bersikap
sebegini..

orang lain mungkin tak tahu.. jauh sekali untuk mengalami.
bahkan mungkin tak pernah pun terbayang kan.. aku mungkin
kelihatan terlalu mentah pada pandangan kalian tetapi
sebenarnya setiap apa yang berlaku sentiasa bermain dan
berputaran di fikiran ku..

mungkin disebabkan ekpresi yang aku pancarkan kelihatan
biasa sahaja dan seperti tidak ambil peduli akan hal itu
tetapi dalam hati ini hanya aku seorang saja yang tahu..

memang aku boleh berharap semua ini tak sepatutnya berlaku
sebegini tetapi aku sedar yang kita tidak boleh merubah apa
yang telah berlaku. walaupun ini bukan yang aku impikan,
tetapi inilah yang harus ku alami..

mungkin kalian tidak tahu bahawa saya sayang kalian. setiap
hari saya mimpikan kalian.. namun apa saya terjaga, saya tahu
segalanya jauh sekali seperti mimpi itu. saya lebih gembira
untuk hidup di dalam mimpi itu dari berhdapan dengan dunia yang
sebenar..saya sayang kalian, tapi saya tidak boleh terima dengan
apa yang telah berlaku...

1 comment:

syima said...

ade mimpi ktorang ke? jyeahh!