ya allah ya tuhanku..
kau ampunilah segala dosa-dosaku..  dosa-dosa ibu bapa ku..kaum kerabatku.. rakan-rakanku.. guru-guru ku..  serta muslimin muslimat.. yang masih hidup mahupun yang telah mati..
ya allah ya tuhanku..
sesungguhnya  engkaulah yang maha mengetahui.. segala apa yang terjadi di langit dan  di bumi ini.. apatah lagi apa yang tersimpan di dalam hati sanubariku  ini.. sebuah perasaan yang ku rasakan bisanya amat beracun.. pedih dan  menyakitkan.. menyinggar ketenangan pelusuk sanubariku ini..
ya allah ya tuhanku..
sesungguhnya  telah ku percaya.. engkau lah yang maha besar lagi maha mengetahui..  betapa sakitnya perasaan yang tersimpan di hatiku ini.. berat bebannya  hanya engkau yang mengerti.. betapa hati ini menangis.. seumpama hujan  yang turun mencurah-curah tiada terhenti..
ya allah ya tuhanku..
aku  memohon kepadamu ya tuhanku.. kau kasihanilah hambamu ini.. kau  buangkan segala perasaan yang menyakitkan dari hambamu ini ya allah..  perasaan yang telah sekian lama ku biarkan tumbuh mekar melingkari  dermaga pujangga.. ku sembunyikan ia jauh dalam lubuk hati yang paling  dalam.. sehingga mampu menguasai rasional diri dan akal fikiranku ini ya  allah..
aku bermohon padamu ya allah.. berikan lah aku segala  kekuatan.. untuk melupakan ia ya allah.. sesungguhnya aku tidak sanggup  menanggung bebanan ini ya allah.. aku insan yang teramat lemah dan hanya  mampu bermohon kepadamu ya allah..
kembalikan ketenangan aku  seperti dahulu ya allah.. kembalikanlah kegembiraanku seperti sebelum  ini ya allah.. aku rindu kebahagiaan hidupku yang penuh ketenangan  daripada gelodak perasaan yang huru-hara dalam hatiku ini ya allah.. aku  bukanlah insan yang mampu menerima ujian seberat ini darimu ya allah..  aku ingin bahagia seperti insan2 lain ya allah..aku juga tidak mahu ada  insan lain yang terluka kerana diriku ini ya allah.. kau kasihanilah aku  ya allah.. pulihkan lah diriku ini ya allah.. pulihkan lah diriku ini  ya allah.. pulihkan lah diriku ini ya allah~
hanya kepadamu aku berserah.. tuhan yang menguasai seluruh alam.. yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
aminnnn~
 
4 comments:
Semoga ketenangan dan kebahagiaan sentiasa menjadi peneman diri..
walaupun tak tahu apa yang jadi..
tapi jangan mengeluh kerana diuji..
tapi bersyukurlah kerana dipilih untuk diuji...
papepun yg dihadapi kembali kpd Pencipta. Dia Maha Mengetahui segalanya. percaya pada hikmah stp kejadian. Yakin pada ketentuan. Redha atas ujian. Usaha tga kejayaan. =)
tp ak x mampu nk menghadapi ujian neh~ =((
dugaannye terlalu hebat.. bahkan semase komen ini ditulis pon aku sedang diuji dengan dugaan ini..dan sudah terlalu byk aku telah tewas~
manusia yg berjaya adalah manusia yg byk kali tewas.ni mgkn waktu ko, nt2 waktu aku plak, wktu org lain pulak. cm jgn diikutkan sgt perasaan tu. cri kekuatan dlm kelemahan tu.
Post a Comment