Monday, February 22, 2010

FAKTA SENGAL...

Ak dapat assignmet sblm cuti ritu..psl general knowledge la.. carik punye carik..korek punye korek.. macam2 la yg ak jumpe..byk yg ak x taw upenye.. tp ble ak tunjuk assignment ak kt kwn ak diowg sume cakap ak sengal.. ak mmg sengal ke mmg fakta2 neh yg sengal... ke kowg pon ikot sengal sekali.. ha ha ha..

1. Tahukah anda? Apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak..

2. Percayakah anda? Air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan..

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

4. Tahukah anda? Dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi? Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi..

5. Tahukah anda? Bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera..

6. Tahukah anda? Magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun, orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet ya!.

7. Tahukah anda? Cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi..

9. Tahukah anda? Burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya..

10. Tahukah anda? Bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun, orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar..

11. Tahukah anda? Gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan..

12. Tahukah anda? Orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan..

13. Tahukah anda? Ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

mmg musim sengal kot skang nie.. he he he..



















ak pon sengal gak ke???

kah kah kah...

12 comments:

fya zainal said...

hahhahhaha
ya aku pun turut merasa kesengalannya

zulhilmi tempoyak said...

sgt sengal..

Farah Najwa said...

sengal gle! lawaakkk weyh! ko wat sendrik ke??

nas aliff said...

hakhak..
sengal ke kowg neh..
ak da rase ak cam sengal tol da neh..
hehe..
kn da ckp..
ak crik kt tenet..hehe

Farah Najwa said...

hahahaha...aku pun sengal membacanya.

nas aliff said...

farah..
sengal2 ayam x pe..
jgn sengal kambink sude..
hehe

full of love,keyna said...

ni bole msuk dlm prtndgn hotfm ni.hehe

nas aliff said...

pertandgn hot fm plak da..
hahaha..
jom msok same2..
hikhik

Aina Rahman said...

hahahaha...terkena tempias kesengalan itu. tp ape pun..nice info..haha. btol jugak ek

nas aliff said...

btol2..
neh bkn tipu..
cume yg pndai menilai je taw
bezakan yg mne intan yg mne jauhari..

erk..
ade kaitan ke????
haha

Farah Najwa said...

pop blog ko e nas. hot stuff nmpk? wawawa...

nas aliff said...

hahaha..
hot la sgt..
ak da mls la
nk wat post psl ak..
hehe..
tu yg wat blog jd sengal camni..
xpe la..tu lg bek kot..
hihi