Wednesday, September 16, 2009

selamat hari raya aidilfitri~

Maaf Entri Ini Tiada Gambar. Kerana Tidak Perlu Gambar Rasanya Untuk Menceriakan Hari Bahagia Yang Bakal Menjelang Tidak Lama Lagi. Kerana Sudah Tersorot Sendiri Sejauh Mana Hari Ini Bakal Diraikan. Dengan Penuh Warna Warni Baju Baru. Kuih Muih Yang Colourful, Rumah Yang Bercat Baru. Keseronokan Kembali Terasa. Adrenalin Yang Memuncak Untuk Meraikan Hari Itu. Hmmm…

Malam Ini Selepas Waktu Berbuka Saya Akan Pulang Ke Kampung Sebelah Ayahanda Saya. Hanya Dikampung Itulah Nikmat Berhari Raya Dirasakan Sepenuhnya. Dengan Suasana Benar² Kampung. Bunyi Kokokkan Ayam & Kabus Pagi. Itulah Suasana Tenang, Aman & Damai. Namun Pada Hari Raya Yang Pertama Nanti Saya Akan Kembali Ke Kampung sebelah Bonda Merangkap Kampung Ke Saya Juga. sekinchan selangor. Suasana Di Sana Terlalu Beza Dengan Kampung Di Sebelah Ayahanda. Dan Kehadiran Saudara-Mara Yang Ramai Dari Segenap Pelusuk Semenanjung Malaysia Bakal Memeriahkan Suasana. Oh! Family Reunion Namanya Bukan.Hanya Waktu Itulah Kerinduan Terhadap Mereka Boleh Dihilangkan. Bahagia Rasanya Melihat Keluarga Yang Besar Lagi Harmoni. Bergotong-Royong Menyiapkan Juadah Hari Raya. Saya Tolong ke??Hehehe..Mestilah..(PENGISI KUIH RAYA TAHUNAN)

Hmm.. Teringat Pula Akan Seorang Pakcik Saya. Yang Kini Berada Jauh Di Perantauan. Sedang Menjawat Jawatan Duta Malaysia Ke Venezuela. Rosli Teh Sa'i Nama Diberi. Tidak Dapat Pulang Katanya. Jika Ada Diantara Rakyat Malaysia Yang Senasib Dengan Beliau Di Sana, Selamat Menjalankan Tugas Seadanya. Kepada Pak Andak & Seluruh Rakyat Malaysia Yang Berada Di Perantauan. Selamat Hari Raya Aidilfitri Diucapkan Kepada Semua :*=

Bagaimana Anda? Meraikan Hari Kejayaan Umat Islam Ini? Sudah Membeli-belah Dan Ganti Setiap Isi Rumah Dan Isi Almari Pakaian? Pelik Buat Saya. Tahun Ini Tidak Ada Satupun Pakaian Yang Digelar Baju Raya Atau Kasut Raya. Hahaha! Saya Tidak Perlu Semua Itu. Kerana Yang Penting Adalah Pengisian Hari Raya Itu Diisi Dengan Nilai² Kemanusiaan Yang Tinggi. Merapatkan Silaturrahim Dan Sebagainya. Bukankah Begitu? Konon la kan...huhuhu

Pelik Juga. Apabila Muhasabah Kembali Kenapa Kita Perlu Ada Istilah Pakaian Raya, Sofa Raya, Langsir Raya & Sebagainya. Mungkin Konsep Meraikan Dengan Meriah Telah Bersemadi Di Kalangan Kita Rakyat Malaysia. Apabila Ada Kunjung-Mengunjung, Maka Perlulah Memperlihatkan Perabot² Dan Permaidani Yang Indah². Demi Untuk Melayan Tetamu. Hanya Sebab Itu Bukan? Yang Lain Itu Pada Saya Hanya Lebih Pada Nafsu Sendiri & Bermegah² Semata². Ingatlah Mereka Yang ‘Setahun (Bukan Sebulan) Berpuasa’ Di Daerah Tinggi Statistik Kebuluran Sana, Di Komuniti² Islam Di Luar Sana Yang Tidak Berkemampuan. Tidaklah Mereka Meraikan Aidilfitri Ini Dengan Bermegah². Cukup Dengan Apa Yang Ada.

Oleh Itu Wahai Saudara Mara Saya Sekalian. Saya Tiada Baju Raya Tahun Ni. Hahaha… Lepas Raya Saya Baru Akan Beli. Comel Tak Saya?ke tiada wang..apa2 je la ek..hahahaha

Akhir Kata,

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI. MOHON MAAF ZAHIR & BATIN ATAS SEGALA KESILAPAN DAN KEKURANGAN DIRI INI.

Wassalam.

6 comments:

nizam baharin said...

ahahha kau tau apa..aku pikir benda yang sama gak..sape eh yang cipta istilah pakaian raya, langsir raya, duit raya semua tu..setau aku dlm Islam plak ckp mende tu semua perlu diadakan en..smpi skrg masih mmenjadi tnda tnya :)

zulkoa said...

erk..
betUl3..
ak brU nak blik kg & sedang b'kire2 nak bli bju raye..
:(

huhu,papepun baju x pentG..
yg pentg peraNan stiap idividu mghidupkan suasana ceria..

nas aliff said...

nizam~hahaha..
sape lagi..atok nenek kte la..
owg kite kn kaya2 sumenye..
tpa ak rase la kn shoping raye
cam satu acara yg dinanti2 sepanjg taon tu..lg2 bg mak2 kn..
xpe la..kalo tu jd salah satu
kegembiraab diowg..asalkn mereka bahagia.tol x?haha

nas aliff said...

faqih~
eh..penting gak tu..
nnt x pasal2 kesejukan plak xde
bju..hahaha..
btw..selamat blik kg..
kalo drive ke rider ke..
ingat2 ler owg yg tersyg~
hahaha

fairuz said...

salam, sedaplah ayat dalam entry ni.. ada unsur2 komsas.. selamat hari raya!!!

nas aliff said...

hehehe..
ko la yan gak ke komsas neh..
ak kalo nga mengong mmmg
terkuar la ayat2 cam tu..
jijik suda..hehehe
slmat ari raye gak~