Hari ini Malaysia menyambut Hari Kemerdekaannya ke 52.
Ketika Persekutuan Tanah Melayu bebas dari belenggu penjajah British pada 31 Ogos 1957, Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj membacakan Pemasyhuran Kemerdekaan, dengan Persekutuan Tanah Melayu akan “menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa”.
Namun, 52 tahun kemudian hari ini negara kita terus dibelenggu segelintir kelompok yang tidak dapat menerima hakikat ini. Sekian lama pemimpin tertentu mengapi-apikan sentimen kaum demi kepentingan mereka, hingga memberi ruang untuk tindakan ekstrim yang mengancam keharmonian masyarakat kita.
Kita harus menghayati semangat muafakat yang mendasari kemerdekaan kita. Semua pihak, semua kaum harus mainkan peranan agar impian pejuang-pejuang kemerdekaan kita tercapai.
Salam Merdeka.
No comments:
Post a Comment