Saturday, June 6, 2009

~"tangisan itu belum reda.."~

"TIADA RUANG UNTUK KOMUNIS!!"


Tiba-tiba aku terpanggil untuk meluahkan pendapatku tentang isu ini. Secara jujurnya, aku seakan tidak mengerti tentang adanya pakatan untuk membawa pulang bekas ketua Pasukan Komunis Malaya, PKM, Chin Peng untuk kembali ke negara ini. Mengapa dan untuk apa?

Sejak di bangku sekolah lagi, kita telah disuapkan dengan pelbagai ceritera tentang betapa peritnya kehidupan nenek moyang kita yang terpaksa hidup dalam ketakutan disebabkan kezaliman para komunis yang seakan gersang dengan sifat berperikemanusiaan. Mereka yang tidak bersalah dibunuh tanpa belas kasihan. Itu belum lagi, ratusan kaum wanita diragut kehormatan secara perseorangan atau beramai-ramai sehingga tercerai nyawa dari tubuh mereka. Si kecil kehilangan ibu bapa, si isteri pula hilang suami tempat mereka bergantung.. semuanya kerana angkara komunis durjana..

Jadi berikanlah satu sebab yang munasabah untuk membawa kembali syaitan bertopengkan manusia itu kembali ke tanah air kita yang tercinta ini. Sedangkan tangisan nenek moyang kita pun belum lagi reda mengenang kembali sejarah silam yang mereka lalui. Adakah ini hanya satu alat untuk membawa kembali semangat komunisme ke negara ini? Itu aku tidak pasti.. Tapi yang penting segala anasir-anasir yang boleh membawa stigma pemikiran komunisme ini harus di tentang secara habis-habisan! Demi kemakmuran dan keharmonian yang telah lama kita pertahankan selama ini. Aku sekadar mengutarakan pendapat. Wasalam..

2 comments:

fairuz said...

ek? aq x tahu pape pon, almaklumlah kat indon ni mls aq nak update berita malaysia..huhu..cit.. x gne betul. aq pon x setuju.. betul la ape yg ko ckp tu, sometymes org kite ni buat sesuatu tanpa berfikir panjang. sigh~

nas aliff said...

ntah la..
ak jadi seram sejuk kalo ade berite cam neh..
ak tkot bede2 cam rusuhan kaum berlaku je
plg takotlagi ak dgr brite yg 13 mei maybe akan berlaku lg..
ishk..jgn la..
nmpknye diowg da semakin brani!