Monday, May 18, 2009

FITRAH

RERANTAI waja kukuh dan berat
yang membelenggu damaiku dahulunya
sedang cuba kurungkai satu demi satu
ke hujung sana aku ingin berlari
mendakap satu rasa
sebuah cerita
suci...

Sebenarnya alam ini
kalau tidak hitam pekat
ia jernih permata asli
dan mencari kejernihan itulah
aku terjun ke jurang lautan api
cuba menggenggam mutiara-mutiara erti.

Ibarat pelayar di lautan lepas
dilambung ombak ganas lagi luas
daratan abadi masih malu menyembunyi diri
aku masih belum mengerti
apakah hidup ini
akan terpancar sinar abadi?

4 comments:

farah najwa said...

artistik..excellent poem..

self_majesty said...

yeke..
ntah mengapa
hatiku sgguh la gundah gulana..
huhu

farah najwa said...

norm feelin tht u hav.juz hav to deal wit it.

self_majesty said...

hahaha..
saje je,,
rase cam tenang je pas tulis tu..
hehe